Kelas Microsoft Office – Powerpoint & Advokasi

23 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 22 November 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office – Powerpoint dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih pelajar menggunakan Microsoft Powerpoint dalam sesuatu persembahan kerja sekolah dan mendedahkan mereka dengan isu-isu semasa berkaitan teknologi.

Dalam kelas ini, peserta diajar langkah demi langkah untuk membuka Microsoft Office Powerpoint 2016. Peserta diperkenalkan dengan alatan-alatan yang terdapat dalam Microsoft Powerpoint. Mereka digalakkan untuk menaip biodata diri sebagai latihan ulangkaji untuk membiasakan mereka dengan penggunaan Microsoft Office Powerpoint.

Dalam kelas ini juga para peserta telah digalakkan untuk membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan.

Di samping itu, peserta juga telah didedahkan dengan segmen Klik Dengan Bijak iaitu Online Grooming. Mereka diterangkan tentang maksud dan tujuan online grooming, taktik pemangsa serta simptom awal anak-anak yang mengalami gejala ini yang perlu ibu bapa /pelajar ketahui.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali